| Laman Utama | Artikel | Cara Pembelian | Hubungi Kami | Sitemap |
Cara Mudah Mendapatkan Kain Ela Borong
Kain ela atau lebih dikenali sekarang kain pasang merupakan antara nama yang sering digunakan oleh generasi yang terdahulu dan kebiasaannya berjenis cotton. Nama kain ela diambil sempena cara pengukuran iaitu menggunakan sukatan ela bukan meter seperti hari ini. 1 ela lebih kecil saiznya berbanding 1 meter, jadi jika 4 meter kain pasang diperlukan untuk membuat sepasang baju, 6 ela diperlukan untuk mendapat sepasang baju yang sama saiz. Ukuran ela ini masih lagi digunapakai terutama di negara jiran kita iaitu Thailand kerana proses jual beli disana lebih kepada jualan pukal daripada jualan satu helai.
Kain ela borong boleh didapati dengan mudah di kilang-kilang seluruh negara, kedai-kedai kain dan juga butik berjenama. kini dengan kelengkapan teknologi tekstil yang moden, negara mampu mengeluarkan sendiri kain-kain yang bermutu tinggi untuk kegunaan domestik dan eksport. Kain ela borong juga boleh didapati dengan berurusan secara terus dengan pemborong kain yang kini boleh didapati dengan mudah di internet. Bagi yang lebih berkemampuan, anda boleh terus ke bahagian kemasukkan tekstil di pelabuhan-pelabuhan untuk membeli secara borong dalam kuantiti yang lebih besar untuk tujuan komersil apabila kapal-kapal kargo perdagangan antarabangsa mengimport masuk kain-kain dari china dan india.
Apabila bekalan sudah boleh didapati dengan mudah, kini tiba pula masa untuk memasarkan kain ela borong pula kepada pengguna. Pada hari ini, strategi jualan langsung boleh menghasilkan perolehan keuntungan yang maksima. Jualan lansung memerlukan anda untuk membina jaringan kenalan yang banyak terlebih dahulu agar anda mampu menyebarkan maklumat mengenai barangan anda dengan pantas dan efisyen. Anda juga boleh menyewa sebuah premis perniagaan untuk memasarkan produk anda kerana sesetengah pengguna lebih berminat untuk melihat sendiri pelbagai pilihan yang ada. Penggunaan kedai online melalui internet pada masa kini turut dilihat antara langkah yang paling ideal kerana lebih menjimatkan kos fasiliti dan utiliti.
Pakar fabrik malaysia sering membantu penjual membuat pilihan bijak dalam pemilihan fabrik terutama untuk tujuan jualan kepada pengguna melalui beberapa laman web khidmat pengguna. Antara faktor yang terpenting adalah pemilihan jenis kain, harga dan keselamatan. Jenis kain memastikan kredibiliti kain ela borong tidak terjejas manakala harga yang murah boleh menjamin keuntungan kepada pemborong. Bebas daripada bahan kimia yang boleh memudaratkan adalah antara faktor yang paling dititikberatkan agar keselamatan pengguna terjamin. Kemudahan semasa proses pembelian juga harus diambilkira. Perlu dipastikan semasa perjanjian pembelian, pihak pengeluar memberi kemudahan seperti penghantaran percuma dan kemudahan tukar ganti barang lama atau rosak adalah sangat wajar.
| Laman Utama | Artikel | Cara Pembelian | Hubungi Kami | Sitemap |